Antologi Puisi Sains
2
www.karyanet.com.my
Titian Global
Hanya satu petik
dalam satu detik
tiada keluwesan untuk penyatuan
minda dan dunia
dari wajah tuan guru moden.
Cakap sahaja apa sahaja
dari terusan
peparit
lelongkang
terowong
jalinan wayar
dari raut komputermu ke komputerku.
Dari banjaran ke tebat pedalaman
terjalinan acap perian
madah rangsangan terbolos
di kotak-kotak posto berteknologi.
Titian global yang akhirnya ditemui
sebagai simbol
pupuslah peminggiran seantero
jika bumi ini gembira
di sana pun gembira!
mari kita raikan!
internet yang berjasa!
© Nor Afikah Mohd. Sidek
www.karyanet.com.my
3
Sains dan Teknologi
Sesungguhnya hati ini tersentuh
kerana suatu waktu dahulu
langit di sini sungguh biru
demi masa … sesungguhnya manusia boleh berubah.
Darah dan air mata
tidak bernilai lagi dalam hati manusia
kerana sifat tamak dan haloba
telah menguasai diri.
Sains dan teknologi
telah digunakan untuk membunuh
manusia yang tidak bersalah
kerana peluru-peluru berpandu telah dicipta
untuk membunuh manusia lain.
Di sini langit tidak berseri lagi
air-air mengalir lesu
kerana langit telah dihitamkan
dengan kemajuan sains dan teknologi.
© Nabilah Abdul Naser
Sains dan Teknologi
Antologi Puisi Sains
4
www.karyanet.com.my
Keistimewaan Sains
Planet, bintang dan bulan
ciptaan Tuhan yang amat menarik
pelbagai rekaan dan kajian
membuktikan keistimewaan sains
rugilah jika kita tidak mempelajarinya.
Pertanian, perubatan, pengangkutan
hiburan, ekonomi dan penerokaan
segala kemudahan yang merangkumi sains
sumbangan tersedia
hanya perlu kita menghargai
mengingati mereka yang menemui.
Nicholas Copernicus “Bapa Astronomi Moden”
Hans Lippershey “Pencipta Teleskop Pertama”
ingatilah mereka
contohilah mereka
mungkin terdapat ciptaan Tuhan
yang belum pernah ditemui
siapa tahu kita yang menemui suatu hari?
© Thevika Rani Ramasami
www.karyanet.com.my
5
Badar Perindu
Sekalian dan aku
adalah makhfi setara makna
melulas pesona atma juita.
Pada ketika tirai jingga buana ditutup
jendela dua cita dibuka
maka kitalah yang menyelamatkan ia
daripada dua sengsara
pelali katarsis, bencana diagnosis.
Maka kitalah
yang memberi rasa libur daripada penghibur
supaya ia tak dimomok
oleh pencarian yang seronok.
Maka kitalah
yang menolak pemikiran batu
yang menarik daya fikir Homosapiens baru
antara dua singgah
bertanjak di bulan, ada yang jelajah
tanpa ilmu takkan berlaku.
Sekalian dan aku
adalah makhfi setara makna
melulas pesona atma juita
meluluhkan hati sang pencipta ada –
menanti tiba badar perindu.
© Hazwan Ariff Hakimi
Badar Perindu
Antologi Puisi Sains
6
www.karyanet.com.my
Lorong Infiniti
Kekadang …
cerah lorong itu
diterangi jalur spektrum mentari alaf
kekadang …
kelam lorong itu
dilitupi kepulan komulonimbus tebal.
Kanan,
indah sungguh lamanmu
reranting ilmu menghiasi laman benakku
debunga niaga elektronik bertebaran
ilmu dikau entah di mana penghujungnya.
Kiri,
lamanmu sungguh jijik
kotor, hanyir dan busuk
bersepah di laman jarum-jarum porno
lopak-lopak virus
yang entah di mana vaksinnya.
Kanan,
salam pertemuan buatmu
sahabat kalam elektronik
hadirmu menemukan perspektif berbeza.
Salahmu atau akukah?
neuron-neuron keras bekerja
mencari rona jawapan.
© Siti Asmat Jusoh
www.karyanet.com.my
7
Kiri,
ah … kau tidak lari
dari sifatmu itu
kotor!
bicaramu rapuh berliku-liku
segala katamu
jijik!
lucah!
kosong …
kononnya mencari jodoh elektronik ….
Kanan,
cahaya lilin milenium kausinarkan
menghiasi neon ilmiah.
Dan kiri …
susurilah lorong itu
dengan juzuk warna indah
terangilah lorong infiniti ini.
© Siti Asmat Jusoh
Lorong Infiniti
Antologi Puisi Sains
8
www.karyanet.com.my
Tika Mentari Turun Bermain
Tika mentari turun bermain
tujuh warna pelangimu
menjadi penyeri di kaki mayapada
tenaga misterimu
telah membuka gelanggang kehidupan
satu demi satu.
Tika mentari turun bermain
pepohon riang bersorak menyambutmu
berpestalah flora dan fauna
tertawa rianglah fotosintesis
menarilah klorofil
dalam alunan muzik karbon dioksida
lahirlah oksigen.
Tika mentari turun bermain
umpama lahirnya sebuah kehidupan
memberi nafas dan semangat baru
pesta fotosintesis dan respirasi
silih berganti
meraikan mentari turun bermain.
© Mohd. Faiz Abd. Ghani
www.karyanet.com.my
9
Noja Kehidupan
Lahirmu daripada biji benih
lantas tumbuh tidak bernoktah
ditemani air, karbon dioksida, dan cahaya
menjadi nadi kehidupan makhluk ciptaan-Nya.
Saban hari
kau tanpa jemu berfotosintesis
membebaskan gas-gas oksigen ke udara
memberi nafas baru kepada bumi permai
menjadikan dirimu begitu bernilai.
Tumbuh suburlah dirimu
bebaskan gas-gas oksigen
berespirasilah selamatkan bumi
yang menjerit merintih
dihimpit belenggu rumah hijau
lantaran alpa manusia mengejar kemajuan.
© Mohd. Akmal Md. Zainal
Noja Kehiodupan
Minggu, 04 November 2007
PUISI SAINS
Diposting oleh gka.galih di 02.11
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar